TENTATIF PROGRAM
Pada
05 Mac 2013 ( Selasa) yang lalu, Pelajar Program Diploma Kejuruteraan
Perkhidmatan Bangunan, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)
telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit, Alor Setar Kedah, (Gemilang
Maintenance Sdn. Bhd.). Lawatan ini disertai oleh Pelajar Program Kejuruteraan
Perkhidmatan Bangunan 5A, 3A dan 3B iaitu seramai 60 orang. Lawatan ini juga
disertai oleh 4 orang pensyarah Program Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan
Bangunan.
Tepat
pukul 08.30 pagi, kami berkumpul di Perkarangan Parking Bas POLIMAS dan
mendaftar sebelum bertolak ke Gemilang Mantaince. Kami dikehendaki berkumpul di
Perkarangan Parking Bas POLIMAS untuk mendengar sedikit taklimat daripada
pensyarah pengiring kami iaitu Encik Ayub bin Abdullah. Setelah mendengar
taklimat daripada pensyarah, kami mula bergerak menuju ke bas. Tepat jam 9.00
pagi, kami mula bertolak menuju ke destinasi yang ingin kami tuju. Perjalanan
kami, berjalan dengan lancar sehingga sampai ke destinasi dengan selamat.
Perjalanan tersebut mengambil masa 45 minit.
Kira-kira
pukul 9.45 pagi, rombongan kami sampai di perkarangan Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit, Alor Setar Kedah, (Gemilang
Maintenance Sdn. Bhd.). Sebaik-baik sahaja tiba di di sana, rombongan kami
disambut dengan tangan terbuka oleh Pemangku Pengurus Bangunan Gemilang
Maintenance Sdn. Bhd, Encik Ahmad Basri Bin Daus. Kemudian kami dibawa ke bilik
mesyuarat yang terletak di tingkat dua Wisma Persekutuan. Di dalam bilik
mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan Gemilang Mantainance
Sdn. Bhd. secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan
dibawa untuk memulakan lawatan dengan bersemangat tinggi dan menanyakan
pelbagai soalan yang berkaitan dengan sistem yang diuruskan dan dikawal oleh
Gemilang Mantainance.
Lawatan
dimulakan dengan kunjungan ke Bilik Pemantauan iaitu bilik CCTV untuk pelanggan
dan juga pekerja. Sesi taklimat ringkas mengenai Bilik Pemantauan telah
diberikan oleh Encik Rizal. Di bilik pemantauan ini menggunakan komputer untuk
Auto Building Services (ABS) System. Kemudian kami dibawa ke Bilik Air Handling
Unit. Dimana di bilik ini terdapat blower, motor, kipas dan juga filter untuk
mengendalikan sistem tersebut. Seterusnya, kami dibawa melawat ke Lift Motor
Room untuk melihat sendiri keadaannya dan kami juga diberi sedikit penerangan
mengenai komponen-komponen yang terdapat di bilik tersebut. Di bilik ini,
adalah tempat dimana motor jentera lift diletakkan, ia diletakkan secara
berasingan kerana motor tersebut memerlukan ruang yang agak besar. Motor
berfungsi untuk menggerakkan kabel lif dan setiap lif mempunyai 4 kabel sahaja.
Di mana ia beroperasi selama 24 jam. Kerosakan yang biasa berlaku pada lif
ialah kabel tersekat dan lif yang landing dengan lantai tidak sama level.
Menggunakan staring manual jika didapati tidak bergerak dan lif diselenggara
setiap bulan.
Lawatan
diteruskan dengan kami dibawa ke Bilik Tangki. Ke semua tangki ditempatkan di
sini di dalam satu bilik. Setiap tangki di cat dengan warna yang berbeza untuk
membezakan tangki simpanan air bagi satu-satu pengunaan. Antaranya ialah tangki
domestik, di cat dengan warna biru. Manakala tangki untuk fire fitting di cat
dengan merah dan cooling tower pula di cat dengan warna kelabu. Setiap tangki
akan dicuci sebulan sekali. Kemudian, kami dibawa melawat ke Hose Reel Pump. Di
bilik ini ditempatkan duty pump dan standby pump yang beroperasi cut in 105 psi
dan cut off 180 psi. Pecutan air setinggi 20 kaki bersamaan dengan 2 tingkat
yang mana satu gegelung adalah sepanjang 50 meter. Pressure gauge digunakan
untuk ‘up sprinkler’. Kami meneruskan lawatan ke Bilik Gen set. Gen set adalah
generator standby, di mana ia akan membekalkan bekalan elektrik sekiranya
berlaku kegagalan punca bekalan utama. Motor menggunakan minyak diesel untuk
memanaskan enjin dan mencapai ketahanan selama 12 jam dengan kapasiti 80 liter.
Pemeriksaan gen set perlu dilakukan sebulan sekali. Menggunakan heat detector
kerana smoke detector terlalu sensitif. Sistem pencegahan kebakaran dalam bilik
gen set tidak menggunakan air kerana
melibatkan penggunaan motor, ia menggunakan tank. Kami berhenti
rehat selama satu jam untuk makan dan solat.
Kami
menyambung kembali lawatan, pada jam 2.00 petang. Kami dibawa ke bilik LV
(Lower Voltage) dan HV (High Voltage) untuk melihat sendiri keadaannya. Lower
voltage adalah 9 KV manakala high voltage adalah 11KV. Bacaan voltage diambil
setiap hari dan untuk melakukan servis, semua panel akan dibuka. Kemudian kami
dibawa ke Bilik Chiller untuk melihat Chiller yang digunakan untuk bangunan
tersebut. Seterusnya kami dibawa ke bahagian atas bangunan untuk melihat
Cooling Tower.
Sepanjang
lawatan di Kompleks Kerajaan Persekutuan Anak Bukit (Gemilang Maintenance Sdn.
Bhd.), kami telah mengemukakan soalan tentang sistem yang digunakan dalam
bangunan tersebut. Selain itu, bagaimana sistem tersebut beropersi dan
komponennya. Sepanjang lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan
penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana
kawasan kompleks kerajaan ini amat besar.
Sebelum
mengakhiri lawatan, kami berkumpul kembali di bilik mesyuarat, sekali gus
pensyarah polimas menyampaikan cenderahati kepada pengurus gemilang. Selain
itu, kami juga sempat bergambar dengan pengurus dan pekerja Gemilang
Maintainance. Selepas itu, ahli rombongan bersiap sedia menaiki bas untuk
pulang ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).
Rombongan ini tiba di POLIMAS pada pukul 5.00 petang. Setelah itu pelajar masing-masing pulang, walaupun agak keletihan dengan lawatan namun kami tetap gembira dengan lawatan yang disertai. Progam Lawatan Akademik seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman yang kami perolehi, akan kami gunakan untuk perkaitan pembelajaran kami.
Rombongan ini tiba di POLIMAS pada pukul 5.00 petang. Setelah itu pelajar masing-masing pulang, walaupun agak keletihan dengan lawatan namun kami tetap gembira dengan lawatan yang disertai. Progam Lawatan Akademik seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman yang kami perolehi, akan kami gunakan untuk perkaitan pembelajaran kami.
Berikut
adalah perjalanan Program Lawatan Akademik secara bergambar pada 05 Mac 2013.
08.30 Pagi
Semua pelajar berkumpul
di Perkarangan Parking Bas POLIMAS.

08.50 Pagi
Pelajar menaiki bas.
09.00 pagi
Bertolak ke Gemilang
Mantaince diiringi oleh pensyarah
9.45 pagi
Tiba di Gemilang
Maintanance.
10.00 pagi
Mendengar penerangan
tentang sejarah penubuhan Gemilang Mantainance Sdn Bhd.
10.30 Pagi – 4.00 Petang
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Bilik Pemantauan.
Lift Motor Room
Bilik Tangki
Hose Reel Pump Room
Bilik Gen set
Asap yang keluar
daripada Bilik Gen Set.
Bilik Chiller
Naik ke bahagian atas
bangunan untuk melihat Cooling Tower.
Cooling Tower.
Bilik LV (Lower
Voltage) dan HV (High Voltage)
4.00 Petang
Penyerahan cenderahati
dilaksanakan oleh Encik Ayub bin Abdullah daripada POLIMAS kepada Pemangku
Pengurus Bangunan Gemilang Maintainance Sdn Bhd.
Pelajar
bersama dengan Pensyarah dan Pekerja Gemilang Maintenance Sdn. Bhd.