...step by step I walk on my self...
...I have a wonderful journey and at the sometime it is became hardest...

like

Thursday, March 21, 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

.♥.♥.♥. Assalamualaikum cinta .♥.♥.♥.
 
 
TENTATIF PROGRAM

Pada 05 Mac 2013 ( Selasa) yang lalu, Pelajar Program Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit, Alor Setar Kedah, (Gemilang Maintenance Sdn. Bhd.). Lawatan ini disertai oleh Pelajar Program Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan 5A, 3A dan 3B iaitu seramai 60 orang. Lawatan ini juga disertai oleh 4 orang pensyarah Program Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan.

Tepat pukul 08.30 pagi, kami berkumpul di Perkarangan Parking Bas POLIMAS dan mendaftar sebelum bertolak ke Gemilang Mantaince. Kami dikehendaki berkumpul di Perkarangan Parking Bas POLIMAS untuk mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah pengiring kami iaitu Encik Ayub bin Abdullah. Setelah mendengar taklimat daripada pensyarah, kami mula bergerak menuju ke bas. Tepat jam 9.00 pagi, kami mula bertolak menuju ke destinasi yang ingin kami tuju. Perjalanan kami, berjalan dengan lancar sehingga sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan tersebut mengambil masa 45 minit.
Kira-kira pukul 9.45 pagi, rombongan kami sampai di perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit, Alor Setar Kedah, (Gemilang Maintenance Sdn. Bhd.). Sebaik-baik sahaja tiba di di sana, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh Pemangku Pengurus Bangunan Gemilang Maintenance Sdn. Bhd, Encik Ahmad Basri Bin Daus. Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat dua Wisma Persekutuan. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan Gemilang Mantainance Sdn. Bhd. secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan dibawa untuk memulakan lawatan dengan bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan sistem yang diuruskan dan dikawal oleh Gemilang Mantainance.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Bilik Pemantauan iaitu bilik CCTV untuk pelanggan dan juga pekerja. Sesi taklimat ringkas mengenai Bilik Pemantauan telah diberikan oleh Encik Rizal. Di bilik pemantauan ini menggunakan komputer untuk Auto Building Services (ABS) System. Kemudian kami dibawa ke Bilik Air Handling Unit. Dimana di bilik ini terdapat blower, motor, kipas dan juga filter untuk mengendalikan sistem tersebut. Seterusnya, kami dibawa melawat ke Lift Motor Room untuk melihat sendiri keadaannya dan kami juga diberi sedikit penerangan mengenai komponen-komponen yang terdapat di bilik tersebut. Di bilik ini, adalah tempat dimana motor jentera lift diletakkan, ia diletakkan secara berasingan kerana motor tersebut memerlukan ruang yang agak besar. Motor berfungsi untuk menggerakkan kabel lif dan setiap lif mempunyai 4 kabel sahaja. Di mana ia beroperasi selama 24 jam. Kerosakan yang biasa berlaku pada lif ialah kabel tersekat dan lif yang landing dengan lantai tidak sama level. Menggunakan staring manual jika didapati tidak bergerak dan lif diselenggara setiap bulan.

Lawatan diteruskan dengan kami dibawa ke Bilik Tangki. Ke semua tangki ditempatkan di sini di dalam satu bilik. Setiap tangki di cat dengan warna yang berbeza untuk membezakan tangki simpanan air bagi satu-satu pengunaan. Antaranya ialah tangki domestik, di cat dengan warna biru. Manakala tangki untuk fire fitting di cat dengan merah dan cooling tower pula di cat dengan warna kelabu. Setiap tangki akan dicuci sebulan sekali. Kemudian, kami dibawa melawat ke Hose Reel Pump. Di bilik ini ditempatkan duty pump dan standby pump yang beroperasi cut in 105 psi dan cut off 180 psi. Pecutan air setinggi 20 kaki bersamaan dengan 2 tingkat yang mana satu gegelung adalah sepanjang 50 meter. Pressure gauge digunakan untuk ‘up sprinkler’. Kami meneruskan lawatan ke Bilik Gen set. Gen set adalah generator standby, di mana ia akan membekalkan bekalan elektrik sekiranya berlaku kegagalan punca bekalan utama. Motor menggunakan minyak diesel untuk memanaskan enjin dan mencapai ketahanan selama 12 jam dengan kapasiti 80 liter. Pemeriksaan gen set perlu dilakukan sebulan sekali. Menggunakan heat detector kerana smoke detector terlalu sensitif. Sistem pencegahan kebakaran dalam bilik gen set tidak menggunakan air  kerana melibatkan penggunaan motor, ia menggunakan tank. Kami berhenti rehat selama satu jam untuk makan dan solat.

Kami menyambung kembali lawatan, pada jam 2.00 petang. Kami dibawa ke bilik LV (Lower Voltage) dan HV (High Voltage) untuk melihat sendiri keadaannya. Lower voltage adalah 9 KV manakala high voltage adalah 11KV. Bacaan voltage diambil setiap hari dan untuk melakukan servis, semua panel akan dibuka. Kemudian kami dibawa ke Bilik Chiller untuk melihat Chiller yang digunakan untuk bangunan tersebut. Seterusnya kami dibawa ke bahagian atas bangunan untuk melihat Cooling Tower.

Sepanjang lawatan di Kompleks Kerajaan Persekutuan Anak Bukit (Gemilang Maintenance Sdn. Bhd.), kami telah mengemukakan soalan tentang sistem yang digunakan dalam bangunan tersebut. Selain itu, bagaimana sistem tersebut beropersi dan komponennya. Sepanjang lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan kompleks kerajaan ini amat besar.

Sebelum mengakhiri lawatan, kami berkumpul kembali di bilik mesyuarat, sekali gus pensyarah polimas menyampaikan cenderahati kepada pengurus gemilang. Selain itu, kami juga sempat bergambar dengan pengurus dan pekerja Gemilang Maintainance. Selepas itu, ahli rombongan bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

Rombongan ini tiba di POLIMAS pada pukul 5.00 petang. Setelah itu pelajar masing-masing pulang, walaupun agak keletihan dengan lawatan namun kami tetap gembira dengan lawatan yang disertai. Progam Lawatan Akademik seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman yang kami perolehi, akan kami gunakan untuk perkaitan pembelajaran kami.

Berikut adalah perjalanan Program Lawatan Akademik secara bergambar pada 05 Mac 2013.

08.30 Pagi
Semua pelajar berkumpul di Perkarangan Parking Bas POLIMAS.
 

08.50 Pagi
Pelajar menaiki bas.
 

09.00 pagi
Bertolak ke Gemilang Mantaince diiringi oleh pensyarah

 

9.45 pagi
Tiba di Gemilang Maintanance.


10.00 pagi
Mendengar penerangan tentang sejarah penubuhan Gemilang Mantainance Sdn Bhd.

10.30 Pagi – 4.00 Petang
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Bilik Pemantauan.


Bilik Air Handling Unit


Lift Motor Room
 

Bilik Tangki


Hose Reel Pump Room


Bilik Gen set


Asap yang keluar daripada Bilik Gen Set.

  
Bilik Chiller


Naik ke bahagian atas bangunan untuk melihat Cooling Tower.


Cooling Tower.


Bilik LV (Lower Voltage) dan HV (High Voltage)


4.00 Petang
Penyerahan cenderahati dilaksanakan oleh Encik Ayub bin Abdullah daripada POLIMAS kepada Pemangku Pengurus Bangunan Gemilang Maintainance Sdn Bhd.



Pelajar bersama dengan Pensyarah dan Pekerja Gemilang Maintenance Sdn. Bhd.


5.00 Petang
Tiba di POLIMAS

No comments:

.♥. L0ve ReferRer .♥.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...