...step by step I walk on my self...
...I have a wonderful journey and at the sometime it is became hardest...

like

Wednesday, November 14, 2012

...PAKAI TUDUNG LABUH...jadi USTAZAH...??

...Assalamualaikum...
 
 
...bukan la setiap yang bertudung labuh itu USTAZAH , tapi mungkin dia faham apa yang perlu dia jaga...so jangan la pandang rendah sangat pada mereka yang bertudung labuh tu...merah muka korang kalau dia orang tu doktor...entah-entah pegawai bank...tak pon akauntan..remember, don't judge book by it's cover...biar nampak tak update di mata manusia tak apa, asal kita buat apa yang Allah suka...peace  ^_^

“ Awak ambik course pendidikan Islam...?? ”

“ tak… ”

“ Habis tuu...??? Aaaa...mesti ambik course bahasa arab kan… ”

“Tak laa, saya dari course civil enggineering la…”

“ saya ingatkan ustazah tadi… ”

...dia hanya bisa tersenyum mendengar pernyataan yang diberikan... 

“ Awak dari sekolah arab kan...?

tak laa...naper?
 
tak laa...sebab awak pakai tudung labuh...

naper? tak salah kan...?

tak...errr...

...sampai si penanya tu tak boleh nak berkata-kata lagi...

Hmmm...soalan-soalan begini laa yang selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh…
Asal tudung labuh jew ingat ustazah, asal pakai tudung labuh jew orang ingat pelajar jurusan agama…sekolah arab...
Haishhh…bukan ustazah, bukan juga anak ustaz...bertudung labuh sebab menyedari diri adalah seorang muslimah!!! 
Yaa betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh…
Tapi tak salahkan memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya : 
" Hendak lah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
(An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

" Dah tu, kenapa bertudung labuh..? "

Awak…Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmahnya yang tersendiri. 
Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. 
Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“ Eh tudung pun boleh jadi cikgu??? ”

Boleh dikatakan begitu…cuba bayangkan, agak-agak nya kan...ada tak, wanita bertudung labuh pergi berpesta bagai, pergi disco..? 
Ya kalau ada pun, cuma segelintir jew yang tak tahu malu… 
Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yea laa… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria kan…perangai kalau tak di jaga, nanti orang mengata, mencemuh...harap jew pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…
Bila berjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
“ Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab berdose taw ”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“ Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya? ”

“ Kenapa saya..? ”

“ Sebab saya tengok awak alim jew ”

“ Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh??? "

...lelaki kalau benar-benar mahu berubah, seharusnya cari yang sama jantina. 
Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi yang jauh lebih alim…
Iya walaupun bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan kedekut ilmu, sombong. 
Setakat ilmu yang ada, boleh la kita share kerana ilmu itu bila dikongsi ia makin bertambah...
kerana diri ini juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin...
Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang dan membawanya keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. 
Apatah lagi ilmu itu diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. 
Diri ini juga perlu dibimbing dan tudung labuh itu bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. 
Cuma mencuba jadi yang terbaik, apa yang mampu dilakukan, akan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.
Dan tidak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
 
 

5 comments:

Nurul shuhaimi said...

betul tu..masyarakat suka nilai org melalui cara pakaian .. :)

:: n0sa :: said...

@Nurul shuhaimi betul cakap nurul...tapi kekadang kita jugak tak ley nak salahkan masyarakat...mungkin mereka punya alasan yang tersendiri...

Nurul shuhaimi said...

tu lah... kdg2 x semua yg buka aurat tu jahat, yg bertudung litup tu baik.. tapi x bermaksud yg buka aurat tu boleh sebab ia salah disisi islam..

Nurul shuhaimi said...

betul tu. tapi kadang2 x boleh jugak nk judge org melalaui pakai semata, yg seksi seksa tu x semestinya dorg jahat , yg bertudung litup x semestinya baik, yg beza nya yg bertudung litup tu mengikut syariat islam even dia ada perangai buruk yg len... dan walaupon baik p pakai seksi seksa tetap berdosa sebab mendedahkan aurat... TAPI yang pasti bila org dah ttp aurat ngan sempurna mustahil mereka jahat.. hanya segelintir sahaja lah.. :)

:: n0sa :: said...

@Nurul shuhaimi ermm...memang seseorang itu boleh dinilai melalui pemakaian...tapi kekadang tak semestinya begitu...seseorang itu juga boleh dinilai melalui tingkah laku nya...tutur bicaranya...

.♥. L0ve ReferRer .♥.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...